RESEPI ASAM PEDAS IKAN MERAH



RESEPI ASAM PEDAS IKAN MERAH

Bahan-bahan

1kg kukup merah seekor (boleh diganti dengan pari, jenahak, kerapu atau mana-mana ikan isi putih yang lain)
¼ cawan minyak sayur
Bahagian atas batang serai, dititik
4 helai daun limau purut, dicarik
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 biji tomato besar, dibelah empat
1 cawan air asam jawa*
4 tangkai daun pudina
2 sudu besar gula perang
10 batang bendi
1 biji limau, jus sahaja
Garam secukup rasa


Pes rempah

3 ulas bawang putih
2 batang serai, bahagian putih sahaja
4 biji bawang merah
10 biji cili kering, direndam dalam air suam sekurang-kurangnya selama 15 minit
2 biji cili merah
1 inci belacan, dipanggang
15g lengkuas


*Air asam jawa

3 sudu besar asam jawa direndam dalam secawan air (atau gunakan 2 sudu besar pes asam jawa)


Hiasan

Daun limau purut, dihiris halus

Kaedah

Sediakan pes rempah untuk asam pedas ikan merah dengan mengisar semua bahan pes rempah sehingga menjadi halus.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis pes rempah hingga wangi. Proses ini mengambil masa kira-kira 3-5 minit. Masukkan bahagian atas batang serai dan daun limau purut.
Masukkan serbuk kunyit, tomato, air asam jawa, dan 1 cawan air. Biar mendidih selama 5 minit. Masukkan daun pudina, gula dan ikan. Masak selama 15 minit.
Seterusnya, masukkan bendi dan masak hingga lembut.
Perahkan sedikit lagi jus limau dan perasa sehingga secukup rasa. Hias dengan hirisan daun limau purut.

Sumber : http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/resepi-asam-pedas-ikan-merah-oleh-diana-chan

Post a Comment

0 Comments