Resepi Mudah Kerang Masak Lemak Cili Api



Resepi Mudah Kerang Masak Lemak Cili Api.

1 kg kerang (basuh bersih²)
15 biji cili api (kalau nk pedas sila tambah)
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
sedikit asam keping/ air asam jawa
100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh)
.
Cara Menyediakan Kerang Masak Lemak Cili Api
.
1. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur
2. Titik kan serai
3. Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga kerang. Jangan lupa masukkan asam keping.
4. Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa
5. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga kulit kerang mula terbuka boleh lah tutup kan api.

Post a Comment

0 Comments