Bahan-bahan: 25 ketul kecil ayam yang telah dibersihkan. 3 batang serai diketuk hancur. 1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar. 25 helai daun pandan
Bahan-bahan dikisar: 5 biji bawang merah. 5 ulas bawang putih. 1 inci halia. 1 inci kunyit hidup. 1 inchi lengkuas. 1 sudu besar ketumbar. 1 sudu kecil jintan putih. 15 biji cili padi/api. 100gm santan pekat. 1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris. 1 sudu besar sos perasa tiram. Garam dan minyak masak.
Cara menyediakan: 1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam. 2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejeuk semalaman dalam bungkusan plastik. 3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan daripada terlucut semasa menggoreng (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan pada isi ayam dengan lidi. 4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak. 5. Angkat dan toskan. Boleh dimakan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.
RESEPI IKAN PANGGANG SAMBAL TUMIS PETAI
-
RESEPI IKAN PANGGANG SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | dibuang perut, sisik dan dibelah kedua-dua bahagian
belakangnya
100gm petai
2...
0 Comments