RESEPI IKAN KELI MASAK LEMAK



RESEPI IKAN KELI MASAK LEMAK

Bahan-bahan

6 ekor Ikan keli 
200 ml Santan
4cm Kunyit
2 batang Serai
7 btg Cili padi
Garam dan gula secukupnya
Air

Cara Memasak Ikan Keli Masak Lemak

Bersihkan ikan, toskan. Tumbuk kunyit dan cili padi. Titikkan serai.
Masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan juga air.
Masukkan bahan tumbuk iaitu kunyit dan cili padi serta serai ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih.
Masukkan ikan keli. Tunggu kuah mendidih sekali lagi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebentar dan bolehlah dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments