Resepi Mudah Donut Lembut Gebu



Resepi Mudah Donut Lembut Gebu

1. 1kg tpung high protein
2. 1/2 kg tpung gandum
3. 15gm yis ( kering )
4. 15gm bread improver
5. 100gm gula 
6. 1sdt garam
7. 150gm marjerin
8. 1biji telur ( apa2 size pun boleh )
9. 1000 ml Air + ais atau air sejuk dr peti sejuk .. Boleh ditambah sedikit2 sekiranya doh masih keras
Cara-caranya
1. Campurkan semua bahan2 di atas ke dlm bowl mixer kecuali air sejuk + telur
2. Mixkan dgn kelajuan perlahan selama 1/2 minit
3. Tuangkan air sejuk atau air + ais sedikit2 sehingga jadi doh . Jgn terlembik pula ya
4. Tukar kelajuan mixer kpd sederhana laju .. Pukul doh sehingga elastik atau berkilat . Bukan mcm kulit jambu batu tu ya . Itu maknanya belum cukup elastik
5. Kluarkan doh dr bowl dan timbang setiaap doh 40gm ( 80sen harga jual )
6. Dah selesai timbang hingga habis mula bulatkan doh 1 per 1 hingga habis
7. Rehatkan doh 15 minit
8. Mula leperkan doh dgn pencanai dlm bentuk bulat .. Dan biarkan 10 minit baru tebuk lubang
9. Biarkan tanpa ditutup sehingga naik 2kali ganda
10. Panaskan minyak dgn api sederhana dan goreng dgn 3kali balikkan
11. Goreng hingga kekuningan , angkat dan toskan minyaknya
12. Dah sejuk boleh golekkan/salut dgn gula kastor
Tips
1. Kurangkan berat doh kpd 35gm atau 30gm jika mahu jual dgn harga 50sen sebiji
Kalau malas nk buat boleh rasa donut saya di cafe Kementerian Kemajuan Dan Pembangunan Luar Bandar di Putrajaya ya ðŸ˜„
Kredit : Auni Azalia

Post a Comment

0 Comments