Resepi Mudah Pajeri nenas Sedap



Resepi Mudah Pajeri nenas Sedap
 
Bahan2nya;

Nanas/Terung
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar serbuk cili
5 sudu besar kerisik
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar udang kering/ikan bilis
400ml santan pekat
1 ketul kecil gula melaka 
1 sudu kecil garam
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Minyak masak

Cara2nya;

Tumbuk udang kering atau ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan halia. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili jadikan pes pekat. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang & kulit kayu manis. Kemudian masukkan pes serbuk kari yang digaul dengan bahan tumbuk tadi, tumis hingga naik bau. Masukkan secawan air dan masukkan nanas/ terung. Bila air dah hampir kering masukkan santan, kerisik, gula melaka dan garam. Rasalah ikut kesesuaian lidah masing2. Masak hingga kuah pekat. Pajeri sedap dimakan selepas disimpan semalaman.

*saya guna serbuk kari dan cili Baba's. Boleh je guna serbuk kari kegemaran masing2. Begitu juga dengan gula. Jika tiada gula melaka gula putih biasa pun sedap juga. Rasa pajeri haruslah pedas rempah dan manis2 sikit.

Silakan kongsi di wall masing2 
Selamat mencuba 

Post a Comment

0 Comments