RESEPI MUDAH POPIA MINI IKAN BILIS



RESEPI MUDAH POPIA MINI IKAN BILIS
Bahan-bahan :
Bahan-bahan serunding ikan bilis
🍓200g ikan bilis putih
🍓20 tangkai cili kering (saya guna 🍓2 sudu besar cili kisar Puteri)
🍓1 cm halia (dihiris)
🍓1 cm lengkuas (dihiris)
🍓6 batang serai (saya guna 3 batang serai je dan dihiris halus)
🍓250g santan pekat
🍓1 sudu kecil jintan (dikisar)
🍓1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
🍓1 labu bawang besar (kuning)
🍓garam & gula secukup rasa
🍓1 paket kulit popia saiz kecil (saya potong 4 kemudian setiap bahagian segiempat itu dipotong 2 menjadi bentuk segitiga)
🍓minyak untuk menggoreng penuh
Cara membuatnya:
🐝1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain
🐝2. Masukkan semua bahan bersama santan dan masak hingga kering dengan api sederhana
🐝3. Kalau masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering
🐝4. masak hingga serunding kering
🐝5. Lipat/simpul dengan kulit popia. Sekiranya lipat gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air sebagai gam untuk melekatkan kulit popia
🐝6. Cara melipat popia mini - letakkan serunding dibahagian paling lebar segititiga tersebut, lipat kiri kanan dan gulungkan bahagian yg lebar tadi, sapu gam pada hujung kulit popia yg tirus.
🐝7. Apabila popia sudah siap digulung jemurkan sekejap supaya kulit popia lebih garing apabila digoreng nanti
🐝8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana, kulit popia mudah hangus jangan goreng terlalu lama
🔍Kalau nak guna inti serunding udang kering pun boleh.

Post a Comment

0 Comments