Resepi Sayur Bayam Goreng Sos Tiram



Resepi Bayam Goreng Sos Tiram

🥬Bahan-Bahan :

1 ikat sayur bayam
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
sedikit kicap
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
cili padi, tumbuk kasar

🥬Cara-cara:

1.Bersihkan bayam, potong dan asingkan bahagian daun dan batangnya.

2.Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.

3.Masukkan bahagian batang bayam bersama sos tiram. Tuang sedikit kicap jika suka.

4.Masukkan pula sayur bayam bahagian daun dan kacau sehingga layu.

5. Tuang air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit air jikan anda ingin lebihkan kuah.

6.Angkat dan tabur dengan sedikit bawang goreng untuk hiasan.

Post a Comment

0 Comments