Resepi Shell Out Seafood yang Sedap dan Mudah






Resepi Shell Out Seafood yang Sedap dan Mudah


Resepi Oleh : Auntie Nani
Rujukkan Oleh : Mama To Eryna
Bahan Makanan Laut
Sotong
Lala
Udang
Ketam
Kerang
Kupang
Remis
Pepahat
# semua bahan makanan laut ini dicuci hingga bersih kemudian rebus secara berasingan dengan air yang sudah dicampur dengan sedikit garam. rebus jangan lama-lama lebih kurang 5 - 10 minit. lepas tu bila dah masak angkat dan ketepikan.
Bahan Sayuran
Brocoli - potong kecil
Carot - hiris bulat
Jagung Manis - potong 3 bahagian
Bunga Kubis - potong kecil
Kentang - potong kecil
# didihkan air dengan dicampur dengan sedikit garam kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali jagung dan kentang tu kena rebus hingga empuk.
Bahan Tumis
10-15 biji cili padi - hiris halus
7 ulas bawang merah - hiris halus
5 ulas bawang putih - hiris halus
2 batang serai - dititik
5 tangkai daun kari - lurut daunya sahaja
Minyak secukupnya untuk menumis
1 inci halia - hiris halus
1 sudu besar Butter
Bahan Kisar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
20 - 25 tangkai cili kering - buang biji dan rendam lembut
1 inci belacan
1 genggam udang kering - rendam lembut
2 labu bawang besar
1 inci halia
# satukan semua bahan bersama sedikit minyak masak dan air kemudian kisar hingga halus
Bahan Perasa
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos kari ikan
3 sudu besar sos ikan
1 kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan Resepi Shell Out

1. mula-mula panaskan butter bersama minyak dalam kuali kemudian masukan semua bahan tumis dan tumis bahan tadi hingga harum. bila sudah harum masukan bahan kisar dan masak kembali hingga garing. bila kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
2. lepas tu masukan juga bahan perasa mulakan dengan rempah kari kemudian masak sekejap hingga garing dan masukan sos ikan, sos tiram, serbuk lada hitam, kiyub ayam bersama gula dan secubit garam. kerana sos tiram dan sos ikan dah masin sebaiknya tambahkan garam secubit sahaja.
3. masak kembali dan biarkan kuah hingga merenih. bila sudah merenih angkat dan masukan ke dalam periuk lain. tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali dan panaskan kembali dan masukan kupang kemudian masak sekejap dan angkat.
4. panaskan lagi 1 senduk besar kuah dan masukan ketam, masak sekejap dan angkat. panaskan kembali 1 senduk besar kuah kemudian masukan brokoli, bunga kubis, sotong, udang, dan karot masak sekejap dan angkat. jadi masak seafoodnya berasingan.
5. untuk jagung dan kentang tak masak dengan kuah biarkan sahaja direbus begitu dan Shell Out siap untuk dihidangkan. paling sedap bila dimakan beramai-ramai.
bagaimana mudah kan resepi shell out yang saya kongsikan ini dan sampai jumpa diresepi sedap selanjutnya
Like dan share
Untuk follow resepi yang viral selepas ini

Post a Comment

0 Comments