RESEPI SUP TAUFU TELUR BERSAMA CENDAWAN
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih
1 labu (kecil) bawang besar
2cm halia (ketuk)
2 peket taufu telur (taufu jepun)
6 biji cendawan oyster kering (rendam hingga lembut dan hiris)
1 keping fucuk (bean curd)(rendam)
soon (rendam)
1 btg seleri
1 biji kecil kentang (dipotong)
Cara:
Taufu telur dipotong dan goreng sebentar. ketepikan. - Bawang putih dicincang, bawang besar dimayang. -Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. -Tambahkan air secukupnya. -Masukkan udang kering, kentang dan lobak merah masak hingga kedua-dua bahan tadi agak lembut. -Masukkan cendawan, bean curd dan soon. -Tambahkan gula, garam, perasa dan sos tiram. -Masukkan saleri dan toufu telur yang telah digoreng tadi. Masak hingga semua bahan masak. - Masukkan daun sup dan bawang goreng.
0 Comments